News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

MINI KONVOKESYEN SMJK CHUNG HWA TENOM 丹中毕业典礼 [29.01.2021]
30 Jan 2021 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


Majils Konvokesyen SMJK Chung Hwa Tenom bagi pelajar Tingkatan 5 Kohort 2020 hanya dapat diadakan pada 29 Januari 2021 walaupun persediaan telah dilakukan sejak hujung tahun lalu namun terpaksa ditunda disebabkan pandemik COVID - 19. Majlis ini hanya dapat dilaksanakan secara kecil-kecilan yang melibatkan hanya pelajar Tingkatan 5 Kohort 2020 bersama perasmi iaitu Encik Ng Tet Hau, Pengerusi Lembaga Pengelola dan tetamu jemputan Puan Georgina Luk, YDP PIBG. Ibu bapa pelajar berkenaan tidak dapat dijemput hadir bersama dalam majlis ini. Majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Setiap pelajar dipanggil keluar beratur di dewan satu per satu dan bergilir-gilir naik ke pentas menerima folder konvo dan terus balik ke kelas.

Dalam majlis tersebut, Izzwahidah Binti Abdul Wahip, selaku ketua pelajar mewakili semua pelajar Tingkatan 5 untuk menyampaikan cendera kenangan kepada sekolah dan diterima oleh Puan Ouu Chu Suan, Pengetua SMJK Chung Hwa Tenom.

Sebelum majlis ini tamat, Puan Georgina Luk mewakili PIBG untuk memberi sumbangan peralatan sanitasi kepada sekolah. Encik Ng Tet Hau, selaku pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah juga memberi sumbangan limau mandarin kepada semua warga sekolah sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

丹南中华国民型中学于2021年1月29日为2020度中五学生举办小型的毕业典礼。由于去年新冠疫情笼罩全球,造成本校唯有把这个活动延迟至今年初才实行。这次的毕业典礼除了全体毕业生之外,本校只邀请董事长黄德孝先生为颁奖嘉宾及家教协会主席陆常微女士为观礼嘉宾。这次活动在完全遵守防疫设施下进行,每位学生需保持一米距离一个接一个从课室步行至户外礼堂上台领取他们的毕业证书。

在颁发毕业证书结束之后,由全体中五毕业班代表依诗娃依达同学赠送纪念品予本校,并由杨珠萱校长代领。毕业典礼结束之前,家协主席陆常微女士代表捐赠消毒用具予本校,董事长黄德孝先生代表全体董事赠送芦柑给老师们,并祝大家农历新年快乐。



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment