SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
News and Events
School News
A+ A- Reset
Perkhemahan untuk Ujian Permit Perkhemahan
27 Feb 2004  
Perkhemahan untuk Ujian Permit Perkhemahan bagi 40 orang Renjer Puteri SMJK Sin Min diadakan pada 26 Februari 2004 hingga 28 Februari 2004 di perkarangan sekolah. Objektif Perkhemahan adalah : - membolehkan Renjer Puteri untuk mengambil ujian perkhemahan dan krafkayu. - mendedahkan Pandu Puteri kepada kemahiran perkhemahan seperti menjalankan tugasan, mengalami aktiviti dan cabaran perkhemahan. Pihak sekolah menghargai jasa baik Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia kerana menghantar seorang jurulatih kebangsaan, Pn Lucy untuk memberi bimbingan dalam hal perkhemahan. Pandu Puteri SMJK Sin Min bersyukur kerana seorang pemimpin yang bersara, Cik Halimah Ibrahim yang berkelayakan dalam perkhemahan rela membantu sebagai penguji ujian tersebut. Kem Komandan, Lee Chui Jiun yang menjalankan kem ini bagi Pandu Puteri dan Unit Renjer Puteri sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka atas pertolongan tersebut.




Search

Start Date :
End Date :
News and Events : School News  Co-curriculum News   Event Calendar 
 
Post a Comment


Please [login] to post comment
© Copyrights 2006-2024 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates