SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
News and Events
School News
A+ A- Reset
PENDAFTARAN MASUK DAN TAKLIMAT KEPADA MURID BARU TINGKATAN 1
27 Dec 2004  
Semua Ibu Bapa Murid Baru 2004, Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (C), Daerah Kuala Muda/Yan. Tuan / Puan, PENDAFTARAN MASUK DAN TAKLIMAT KEPADA MURID BARU TINGKATAN 1 Dengan segala hormatnya dijemput tuan / puan datang ke sekolah pada 31/12/04 (Jumaat) jam 8.00 pagi untuk urusan pendaftaran masuk murid baru 2005. Murid baru juga dikehendaki hadir dengan memakai pakaian seragam sekolah menengah. 2. Program untuk pendaftaran masuk dan taklimat kepada murid baru tingkatan 1 tahun 2005 adalah seperti berikut :  8.00 pagi hingga 8.30 pagi : Pendaftaran  8.30 pagi hingga 12.00 tgh. : a) Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Encik Yap Kew Chin, BKM. b) Ucapan Yang Dipertua PIBG, Encik Beh Heng Hwa, BKM. c) Ucapan Pengetua Sekolah, Encik Tee Pak Leong, BKM. d) Taklimat kepada ibu bapa dan pendaftaran masuk murid baru tingkatan 1. 3. Sila bawa bersama : a) Borang Peribadi Baru murid yang telah diisi dengan gambar-gambar terlekat. b) Satu salinan fotostat kad pengenalan i) murid baru (jika ada) dan ii) ibu dan bapa / penjaga c) Satu salinan fotostat sijil beranak murid baru. d) Surat tawaran masuk ke sekolah ini. (Salinan Asal) e) Satu salinan fotostat keputusan UPSR.  Hanya ibu / bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan untuk mendaftarkan anak / jagaan mereka pada hari dan masa tersebut di atas. 4. Murid-murid baru yang tidak hadir untuk urusan pendaftaran masuk pada tarikh dan masa tersebut di atas akan dianggap sebagai tidak menerima tawaran masuk ke sekolah ini. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menurut perintah, _______________________ (TEE PAK LEONG, BKM.) Pengetua, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.




Search

Start Date :
End Date :
News and Events : School News  Co-curriculum News   Event Calendar 
 
Post a Comment


Please [login] to post comment
© Copyrights 2006-2024 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates