About Us 关于我们 - School History 学校历史
Sejarah
Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung merupakan gabungan dua buah sekolah. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah rendah Cina yang pertama yang bernama Sekolah Kai Wen pada 1922 berhampiran Industri Lim Chui Seng di Binatang (kini Bintangor). Ia kemudiannya berpindah ke sebuah rumah kedai yang dibeli di sebuah Bazaar Baru Binatang pada 1930 (terletak berhampiran Jabatan Hutan Bintangor, kini kawasan ini telah terhakis).
Pada 1932, Sekolah Wak Nam Primary School ditubuhkan oleh komuniti Hock Kien (Amoy) di Binatang. Sekolah ini berpindah ke satu kawasan lebih kurang setengah batu dari Kai Wen (iaitu kawasan di antara pejabat Telekom dengan flat polis sekarang). Ia memulakan pendidikan Junior Middle Cina dan Inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Chung Kwok pada 1946.
Memandangkan jarak Kai Wen Primary School dan Chung Kwok Public School agak jauh, ditambah pula keadaan bangunan yang kurang baik serta kemudahan yang tidak sempurna, lebih-lebih lagi bilangan murid yang amat sedikit, maka timbullah usaha-usaha untuk menyatukan kedua-dua sekolah ini pada tahun 1951.
Akhirnya pada 1953, kedua-dua sekolah ini disatukan menjadi Kai Chung Secondary and Primary School yang diletakkan di bawah satu pengurusan sahaja. En. Ling Jeng Tu dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, En. Teng Tung Hsin sebagai penyelia manakala En. Ting Kwong Yii sebagai guru besarnya yang pertama.
Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1956, sekolah ini menyertai Skim Bantuan Kerajaan. Dengan itu Lembaga pengurus telah membuat keputusan menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah berbilang kaum. Maka bermulalah kemasukan masyarakat Melayu dan Iban serta bangsa-bangsa lain kesekolah ini.
Pada tahun 1968, Kai Chung Secondary dan Primary School mengahadapi masalah kekurangan kelas akibat pertambahan bilangan pelajar. Maka timbullah usul agar sekolah rendah dan menengah dipisahkan. Pada tahun yang sama sebuah bangunan berasingan telah dibina untuk menempatkan kelas-kelas sekolah rendah iaitu di seberang Jalan Kelupu itu juga (tapak sekolah rendah Kai Chung sekarang). Dengan itu terbentuklah Sekolah Menengah Kai Chung dan Sekolah Rendah Kai Chung secara berasingan hinggalah sekarang.
Dengan berbekalkan semangat juang yang hebat serta kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi, Sekolah Menengah Kai Chung mencul sebagai sekolah menengah yang terbesar di bahagian Keenam bpada 1973.
Sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan bilangan pelajar saban tahun. Bangunan-bangunan baru muncul satu demi satu yang akhirnya memenuhi hampir ke seluruh ruang tapak sekolah seluas 3.97 hektar sekarang.
Perkembangan Fizikal
Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung bermula dengan hanya sebuah bangunan kecil berhampiran Industri Lim Chui Seng pada 1922 (sekarang tapak ini tidak wujud lagi). Kemudian berpindah ke sebuah rumah kedai yang dibeli di Bazar Baru Binatang (kini Bintangor) pada 1930.
Pembangunan fizikal sekolah ini bermula apabila sekolah lama Kai Wen dan Chung Kwok (dulunya Wak Nam) digabungkan pada 1953 menjadi Kai Chung Secondary and Primary School. Keadaan sekolah Kai Chung diperbaiki, diperluaskan dan dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan pengajaran yang lebih lengkap dan bilang guru yang semakin bertambah. Ketika itu bilangan pelajar telah mencecah 600 orang.
Pada 1959, tiga buah bangunan baru dibina bagi menampung peningkatan jumlah pelajar. Lebih kurang sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1968, sekali lagi Sekolah Kai Chung menghadap masalah kekurangan kelas. Maka dirancangkan pemisahan sekolah rendah dan menengah. Dengan itu sebuah bangunan sekolah yang berasingan telah dibina tidak jauh dari sekolah menengah bagi menempatkan kelas-kelas sekolah rendah.
Pada 1971, sebuah bangunan sains didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM130,000.00 untuk menempatkan pelajar menengah atas. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Ting Min Hui pada 12 Julai 1972. Menjelang 1973, Sekolah Menengah Kai Chung mempunyai 15 kelas, 21 guru, 2 kerani, 2 pekebun dan seorang penolong makmal.
Keadaan sekolah diperbaiki dengan setengah ekar kawasan berpaya ditambak dengan batu dan tanah. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan lebih banyak buku dan perabot moden. Akhirnya sekolah ini muncul sebgai sebuah sekolah menengah yang terbesar di bahagian Keenam ketika itu.
Tahun 1974 menyaksikan dua buah gelanggang bola keranjang tersergam indah yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Datu Patinggi Bad. Rahman Yaakob. Pembangunan fizikal sekolah ini berterusan lagi denga bermulanya projek pembinaan bangunan tiga tingkat pada 1977. Pembinaan yang bermula pada bulan Mei, siap pada penghujung Disember tahun yang sama. Pagar sekolah turut didirikan untuk menghalang binatang atau orang awam memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Pada 1978 bilangan bangunan sekolah ini telah meningkat daripada empat buah sebelumnya kepada enam buah dengan sebuah bangunan beratap sementara. Bilangan pondok basikal turut bertambah daripada dua buah menjadi lima buah. Tidak ketinggalan kantin, di mana diperluaskan lagi dengan pengasingan tempat pembelian makanan antara pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah Menengah Kai Chung turut mendapat sebuah stadium baru yang siap pembinaannya pada penghujung tahun yang sama.
Menjelang 1984 semua bilik darjah sudah dipasang kipas termasuk kantin. Turut disediakan ialah sebuah telefon awam untuk kemudahan pelajar dan guru. Pondok kereta, Bangunan Timur, Utara dan Selatan dihubungkan dengan laluan beratap.
Pada November 1986, sebuah lagi bangunan baru tiga tingkat dibina bagi menampung pertambahan pelajar. Bangunan ini siap pembinaannya pada pertengahan 1987. Dengan adanya bangunan ini. Para guru dan pelajar mendapat kemudahan bilik kelas yang mencukupi dan selesa, bilik lukisan, Geografi, sejarah juga bilik untuk kelab komputer sekolah. Di samping itu sebuah makmal Sains Rumah Tingga dan makmal Sains Paduan turut disediakan.
Era 90-an turut mmbawa perubahan fizikal sekolah ini. Pada tahun 1994, stadium yang telah berusia 16 tahun itu telah diubahsua. Atap dan lantai diperbaiki dan dibina di dalamnya dua bilik stor sukan dan bilik jaga.
Pada 1996, sebuah lagi bangunan baru dibina di blok Barat yang menelan belanja lebih RM500,000.00 Di tingkat bawah bangunan baru ini disediakan sebuah surau untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan kemudahan pelajar dan guru-guru muslim mengadakan program-program ko-kurikulum agama. Dua buah bilik kelas telah diubahsuai khas untuk dijadikan surau yang lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan seperti karpet, alat siar raya, mesin vakum, perabot dan buku-buku agama. Pengubahsuaian bilik ini menelan belanja hampir RM60,000.00. Sekolah Menengah Kai Chung muncul sebagai sebuah sekolah Cina yang pertama di Sarawak yang menyediakan kemudahan surau yang paling lengkap dan baik.
Selain daripada program pembangunan bilik darjah dan bangunan, program keceriaan adalah antara yang diambil perhatian oleh pihak sekolah. Untuk kemudahan dan menambahkan lagi keceriaan sekolah, semua blok dari utara, selatan, timur dan barat termasuk stadium telah dihubungkan dengan titian kayu beratap. Untuk menambahkan lagi keceriaan sekolah sebuah kolam ikan konkrit telah digali dan disimpan beberapa jenis ikan air tawar. Bersetentangan antara stadium dengan bangunan blok Selatan sebuah kolam ikan yang lebih besar lagi digali. Di dalamnya juga dimasukkan pelbagai jenis ikan air tawar dan beberapa jenis teratai.
Atas keperihatinan pihak sekolah terhadap keperluan makanan pelajar dan guru muslim, maka sebuah kantin yang diusahakan oleh pengusaha muslim telah dibuka selain mengekalkan kantin yang sedia ada.
Menjelang Mei 1997, bangunan blok barata siap dibina dan sedia untuk digunakan. Apa yang istimewa ialah, Sekolah Menengah Kai Chung telah mengadakan majlis perasmian pembukaan khas untuk surau barunya yang disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Abg. Haji Openg pada 21 Julai 1997.
Dalam tempoh 45 tahun, Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung mengalami banyak perubahan fizikal. Dari sebuah sekolah rakyat menjadi sebuah sekolah yang anggun yang menjadi kebanggaan masyarakat Bintangor terutamanya masyarakat Cina. Kini, Kai Chung telah berusia hampir 77 tahun semenjak penubuhan awalnya, menyaksikan perkembangan maksimum sekolah ini dari segi fizikal di mana hampir keseluruhan kawasan yang seluas 3.97 hektar telah dibangunkan sama ada dengan bangunan-bangunan bertingkat mahupun kemudahan-kemudahan pelajar dan guru yang lain.
Perkembangan Operasi
Dengan bantuan "Sibu Methodist Mission", beberapa tokoh masyarakat Cina seperti En. Yiew Siu King, Tiong Kung Ping, Pang Sing Onn dan Hii Toh Tiu bersama-sama membentuk dan memulakan sekolah rendah Cina yang pertama iaitu Sekolah Kai Wen pada tahun 1922.
Pada tahun 1935, sebuah sekolah lain iaitu Wak Nam Primary School memulakan pendidikan Junior Middle Cina dan Inggeris. Di sinilah bermulanya perkembangan operasi Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung.
Setelah kedua-dua buah sekolah ini digabungkan pada 1953, ia membentuk gabungan antara sekolah menengah dan rendah yang dikenali sebagai Kai Chung Secondary dan Primary School. Ia dikendalikan oleh satu pengurusan sahaja dengan En. Ting Kwong Yii sebagai guru besarnya yang pertama. Apabila En. Ting Kwong Yii melanjutkan pelajarannya ke Britain, En. Teng Tung Hsin menggantikannya sebagai guru besar sementara. Guru besar kedua adalah En. Huang Ren Chyong.
Penyertaan sekolah ini ke dalam Skim Bantuan Kerajaan pada 1956 telah membawa era baru dalam perkebangan operasinya di mana Sekolah Kai Chuing menjadi sebuah sekolah berbilang kaum. Ini menyaksikan kemasukan pelajar bukan Cina ke sekolah tersebut.
Pada 1963, Sekolah Kai Chung telah menukar bahasa pengantar dari Bahasa Cina kepada Bahasa Inggeris. Kelas Peralihan pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada tahun tersebut mengandungi 32 orang pelajar. Pada tahun tersebut juga, Puan Chen Ling Mei (dari Taiwan) menjadi guru besar ketiga.
Pada 1967, tingkatan empat dimulakan seterusnya tingkatan lima pada 1968. Kelas ini mengandungi 26 pelajar yang mana kesemuanya mengambil aliran sastera disebabkan kekurangan kemudahan-kemudahan sains. Pada tahun ini juga sekolah menghadapi masalah kekurangan kelas lalu sekolah ini dipisahkan antara sekolah rendah dengan menengah.
Setelah Puan Chen Ling Mei bersara, Sekolah Kau Chung diterajui pula oleh En. Tang Chock King pada 1971. Ketika itu jumlah pelajar telah bertambah hingga lebih daripada lima ratus orang.
Pada tahun 1972, integrated science dimulakan di tingkatan rendah manakala satu lagi kelas tingkatan empat diadakan. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1973, “sains tulen” diperkenalkan di tingkatan atas. Bilangan pelajar telah mencapai 568 orang dengan sebuah lagi kelas tingkatan lima diadakan. Dengan pertambahan kelas tersebut bermakna Sekolah Kai Chung telah memiliki sebanyak 15 buah kelas kesemuanya.
Selain daripada pertambahan pelajar operasi sekolah turut berkembang dari segi pertambahan bilangan staf di mana pada tahun tersebut sekolah Kai Chung telah memiliki seramai 21 orang guru, 2 kerani, 2 pekebun dan seorang penolong makmal.
Dalam tempoh lima tahun sahaja, suasana sekolah amat banyak berubah. Bilangan pelajar sudah bertambah lebih dua kali ganda iaitu seramai 1165 orang dengan 47 orang guru. Walau pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan kelas, namun masalah tersebut masih belum selesai. Oleh kerana itu, sekolah terpaksa mengadakan ‘floating classes’ dan sesi petang.
Pentadbiran sekolah Kai Chung bertukar lagi pada 1978 apabila En. Tang berpindah ke Sekolah Menengah Rosli Dhobi, Sibu. Beliau telah digantikan pula oleh En. Lim Ah Lek yang berkhidmat sehingga 1981.
Apabila En. Lim Ah Lek berpindah ke Miri, En. Sylvester Tang Nguon Sam datang mengganti beliau sebagai pengetua keenam Sekolah Menengah Kai Chung ini. Di sepanjang era awal 80-an, tidak banyak berlaku perubahan dalam perkembangan operasi sekolah selain daripada pembaikpulihan bangunan sedia ada, termasuklah pengemaskinian infrastruktur serta kemudahan-kemudahan untuk pelajar dan guru.
Sebelum tahun 1982, pretasi sekolah didapati agak merosot. Setelah beberapa kajian dilakukan akhirnya pihak pentadbiran sekolah telah dapat mengenalpasti punca kemerosotan tersebut. Pengetua ketika itu memutuskan supaya mata pelajaran Inggeris komunikasi 1322 diambil menggantikan Inggeris 1321 dengan harapan prestasi sekolah dapat ditingkatkan semula. Ini terbukti apabila pada 1983, Sekolah Kai Chung mencapai tempat ketiga dalam MCE di bahagian Keenam. Manakala tempat pertama pada 1984, tempat kedua pada 1985 dan mengekalkan tempat tersebut pada tahun berikutnya.
En. Moh Mee Siang mengambil alih pentadbiran sekolah pada April 1994. Pengambilalihan pentadbiran tersebut turut menyaksikan perkembangan operasi sekolah Kai Chung. Tidak terkecuali dalam perubahan tersebut ialah apabila pihak sekolah telah menambah kelas aliran sains menjadi dua buah di samping sebuah kelas campuran sains dan sastera.
Pada tahun 1996, bilangan kelas SPM telah meningkat kepada 5 buah iaitu 2 buah kelas aliran sains, 2 buah aliran sastera dan sebuah kelas campuran sains dan sastera. Pada 1997 bilangan tersebut meningkat lagi kepada 9 buah kelas iaitu 3 kelas sains dan 6 buah kelas sastera. Ketika ini bilangan guru telah mencapai 60 orang.
Sepanjang pentadbiran beliau, beliau amat menitikberatkan soal kebajikan pelajar dan guru di dalam penyediaan infrastruktur sekolah yang sesuai. Banyak kemudahan disediakan untuk pelajar. Pembinaan surau dan kantin muslim pada tahun 1997 antara bukti keprihatinan beliau dalam menangani masalah tersebut.
Dari segi akademik menyaksikan peningkatan yang agak ketara. Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam SPM dan PMR. Keputusan SPM telah meningkat sebanyak 7% setahun secara purata semenjak 1993. Manakala peratus kelulusan PMR meningkat sehingga mencecah 95.8%.
Pembinaan bangunan baru di blok Barat turut membantu perkembangan operasi sekolah. Sekolah kini mempunyai bilangan bilik kelas yang mencukupi untuk menampung bilangan pelajar.
Kegemilangan Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung diteruskan lagi selepas era En. Moh Mee Siang apabila pengetua baru mengambilalih pentadbiran pada awal 1998 iaitu En. Bruce Wong Siong Dung.
Pada tahun 1998, Sekolah Kai Chung hanya menawarkan dua buah kelas sains dan empat buah kelas sastera sahaja, manakala kelas campuran sains dan sastera tidak diadakan lagi. Pada tahun 1998 bilangan guru telah bertambah kepada 66 orang, 5 pembantu makmal, 4 tukang kebun, 2 orang kerani, seorang jurutaip dan seorang jaga. Perkembangan operasi sekolah semakin ketara apabila Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung telah dinaiktarafkan ke kategori A pada tahun 1998. Ini membawa perubahan dalam hiraki pentadbiran dengan pengwujudan jawatan-jawatan baru dalam pentadbiran sekolah.
Dengan pengalaman beliau yang luas dalam pentadbiran dan penyeliaan sekolah selaku Ketua Nazir, serta dibantu oleh Penolong kanan yang juga merupakan bekas pengetua, kita yakin Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung akan terus gemilang dan cemerlang dalam menghadapi persaingan pada abad yang mendatang. Ini terbukti dengan pencapaian prestasi akademik PMR yang cemerlang pada tahun 1999 dengan 8 orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.